Kenapa Memilih Homestay Casadelima

Selamat datang ke halaman web kami di Homestay Casadelima Dot Com. Mungkin anda masih tercari – cari homestay yang sesuai dengan tujuan penginapan anda, dan kami ucapkan tahniah kerana anda sedang berada di halaman web kami. Di sini kami akan terangkan beberapa tips bagaimana memilih homestay yang sesuai dan mengapa anda harus memilih untuk menginap di homestay kami. Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di Homestay Casadelima Melaka atau Homestay Casadelima Johor.

 

Baiklah, mari kami kongsikan kepada anda beberapa tips  semasa memilih homestay yang sesuai untuk anda :

  • Berdasarkan Bajet Anda

Pertama sekali, anda perlu tetapkan berapa bajet anda. Pilihlah homestay yang sesuai dengan bajet anda. Buat pengiraan jumlah hari anda ingin menginap dan perbelanjaan lain yang berkaitan semasa menginap di homestay. Berdasarkan bajet ini, anda boleh hubungi beberapa pemilik homestay dan buatlah pilihan daripada pemilik yang menawarkan tawaran terbaik untuk bajet dan keselesaan penginapan anda.

  • Lokasi Homestay Berdekatan Tempat Tujuan

Setelah menetapkan bajet, pilihlah homestay yang berhampiran lokasi tujuan anda. Ini bagi mengurangkan masa anda terperangkap dalam kesesakan di jalan raya dan memudahkan anda berulang alik dari tempat tujuan dan tempat menginap. Ambil kira juga fasiliti dan kemudahan berhampiran homestay pilihan anda seperti klinik, restoran dan kedai runcit atau pusat membeli belah.

  • Dapatkan Maklumat Kelengkapan Homestay

Ini adalah perkara yang sangat penting semasa memilih homestay. Kerana ada beberapa homestay yang tidak menyediakan kelengkapan yang selengkapnya. Khususnya untuk mereka yang menginap atas urusan kerja ataupun berkursus. Antara kelengkapan yang perlu diberi perhatian adalah seperti mesin basuh, seterika, penyangkut baju, kelengkapan memasak dan tuala mandi.

Setelah anda membaca tips yang kami berikan, mari kami ceritakan pula mengapa Homestay Casadelima adalah pilihan terbaik yang memenuhi setiap keperluan di atas :

Lengkap Dan Selesa.

Menginap di Casa Delima seolah – olah anda berada di rumah anda sendiri!. Kerana kami melengkapi homestay kami dengan semua kelengkapan dapur untuk anda memasak, ruang tidur dan ruang tamu yang kemas, bilik mandi yang luas dan terjaga rapi kebersihannya. Lengkap dan selesa adalah salah satu daripada apa yang kami sediakan untuk anda. Kami telah mengkaji keperluan penginapan di homestay untuk memastikan setiap pelanggan yang menginap di homestay kami selesa sepanjang masa. Segala kelengkapan sentiasa kami tambah dari masa ke semasa dan kelengkapan yang rosak sentiasa kami gantikan dengan yang baru.

Mesra Pelanggan.

Apabila anda bercuti di sesebuah homestay, anda pasti memerlukan bantuan untuk bertanya tentang banyak perkara. Mungkin di awal penginapan anda terlupa untuk bertanya. Tetapi setelah seharian menginap, macam – macam info yang anda perlukan. Bermula dari lokasi pelancongan yang menarik, tempat menjamu selera yang enak tetapi murah dan lokasi kemudahan yang terdekat. Jangan bimbang walaupun anda tidak membayar mana – mana pemandu pelancong kerana kami akan memberikan anda cadangan dan bantuan informasi pada bila – bila masa sahaja. Anda cuma perlu hubungi kami, dan kami sentiasa gembira membantu anda dengan senyuman.

Lokasi yang Strategik

Semasa merancang pemilihan sesebuah homestay untuk bercuti, perkara utama yang pasti setiap ‘traveller’ fikirkan adalah lokasi homestay pilihan.  Semestinya lokasi homestay yang strategik menjadi pilihan utama dan disitulah kelebihan kami. Homestay kami dibina di lokasi bandar utama di negeri Johor dan Melaka. Kami tidak menjadikan kediaman sebagai homestay, tetapi kami membeli kediaman khas untuk dijadikan homestay. Atas sebab ini, homestay kami berada dilokasi yang sangat strategik. Homestay kami terletak di lokasi yang  mempunyai kemudahan seperti klinik, kedai runcit, pusat membeli – belah dan lokasi – lokasi menarik pelancongan. Maka anda mudah menggunakan kemudahan disediakan sekaligus menjimatkan banyak masa dan bajet anda.

 

 

WordPress Theme built by Shufflehound. Copyright by © Casadelima Homestay. Developed by Ramzi Bakri Dot Com