HOMESTAY TAMAN UNIVERSITI SKUDAI

Kami di Casa Delima Homestay menyediakan perkhidmatan Homestay untuk percutian anda sekeluarga. Homestay kami terletak di lokasi berdekatan UTM Skudai. Sekiranya anda mencari hotel bajet berdekatan skudai atau homestay nusajaya, kami menyediakan pilihan homestay terbaik untuk anda. Kelengkapan dan kemudahan yang kami sediakan termasuk peralatan memasak, peti sejuk, setrika, aircond dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk percutian dan persinggahan seisi keluarga.

Tempah sekarang >> HOMESTAY TAMAN UNIVERSITI SKUDAI <<

Ketika berada di Johor Bahru, terdapat banyak pilihan pusat membeli belah yang tersedia untuk anda kunjungi. Sesuai dengan kedudukkannya yang berhampiran dengan negara Singapura dan posisinya sebagai negeri perindustrian yang pesat membangun, jumlah pengunjung pusat memebeli-belahnya kian hari semakin meningkat. Atas sebab ini, maka wujudnya banyak pusat membeli – belah yang terkemuka di sini bagi menampung permintaan pelanggan yang kian bertambah. Dengan erti kata lain, disinilah tempatnya ‘syurga membeli – belah’. Bermula daripada pusat membeli – belah keperluan harian sehinggalah yang bertaraf eksklusif setaraf pusat membeli belah antarabangsa.

Berikut adalah beberapa pusat membeli – belah yang boleh anda kunjungi ketika bercuti di Johor Bahru dan apa yang menarik di dalam setiap pusat membeli – belah tersebut :

Paradigm Mall

Ini merupakan pusat membeli – belah yang terbesar di Johor Bahru setakat artikel ini di tulis. Pusat membeli – belah ini setinggi tujuh tingkat. Pusat jualan bermula dari ‘ground floor’ sehinggalah tingkat tiga. Manakala bermula daripada tingkat empat sehingga tingkat tujuh ditempatkan tempat letak kereta. Terdapat juga tempat letak kereta disediakan di tingkat ‘under ground. Sungguhpun pusat jualan hanya setinggi empat tingkat (termasuk under ground floor), setiap tingkatnya sangat luas dan memanjang. Keluasan binaanya adalah seluas lebih dua juta kaki persegi. Menariknya di sini, pusat membeli belah ini turut menyediakan skrin navigasi sesentuh di setiap tingkat untuk memudahkan pelanggan membuat carian kemudahan dan kedai yang terdapat di dalamnya.

Pusat membeli – belah yang terletak di laluan Jalan Skudai ini menempatkan pawagam terbesar di negeri Johor iaitu Golden Screen Cinema. Dengan mempunyai jumlah lebih daripada 10 ‘hall ini turut menyediakan tayangan berkonsepkan 4DX. Terletak di tingkat empat Paradigm Mall, pawagam ini juga mengimplementasikan sistem pembelian tiket secara ‘self service’ melalui beberapa mesin pembelian tiket automatik yang disediakan. Jadi anda tidak perlu risau untuk berbaris panjang untuk membeli tiket wayang di sini. Bagaimanapun harga tiket wayang di sini agak tinggi sesuai dengan statusnya sebagai pawagam terbesar dan menggunakan teknologi ‘ticketing automatic’.

Selain daripada itu, di dalam Paradigm Mall ini terdapat satu lagi tarikan yang mampu menarik minat pengunjung iaitu ‘ice skating’. Terletak di tingkat dua pusat membeli – belah ini, Blue Ice Skating Rink ini dibuka kepada orang awam yang ingin mengalami sendiri pengalaman ber ice skating. Jangan risau untuk mencuba walaupun anda adalah ‘first timer’. Kerana ramai yang datang ber ice skating di sini pun sama seoerti anda. Majoriti besarnya adalah mereka yang tidak pernah ada pengalaman. Ramai juga yang terjatuh, tetapi tetap bangun dan mencuba lagi. Berapa bayaran yang dikenakan? Semasa promosi pembukaan bayaran adalah RM20. Kini harga yang perlu anda bayar adalah RM30 sahaja. Tetapi jika anda tidak membawa sendiri sarung tangan dan stokin, anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM5.00

Terdapat beberapa jenama besar yang turut berada di dalam Paradigm Mall ini termasuklah Popular, Padini, H&M, Uniqlo, Daiso, Popular’s Bookstore, Parkson, Tesco Hypermarket dan banyak lagi. Jangan risau tentang makanan di sini kerana terdapat medan selera yang besar di tingkat tiga bangunan ini. Bermula daripada restoran makanan Marrybrown, Starbucks, KFC, Pizaa Hut, dan beberapa restoran western dan makanan Jepun juga terdapat di sini. Jika anda ingin mencari aksesori malah telefon bimbit sekalipun, di sini terdapat banyak kiosk disediakan untuk anda membuat pilihan. Untuk tempat letak kereta pula, kadar bayaran yang dikenakan adalah RM3.00 untuk satu jam yang pertama.

 

Plaza Angsana Mall

Pusat membeli – belah ini merupakan pusat membeli – belah yang paling dikenali oleh bukan sahaja penduduk negeri Johor sendiri, malah juga di kalangan pelancong dari negara jiran iaitu Singapura. Di sini sering diadakan persembahan daripada artis – artis ternama tempatan. Ia juga seing dijadikan ‘venue’ utama untuk pesta Jom Heboh, uji bakat program reality seperti Mentor, Maharaja Lawak dan banyak lagi. Selain daripada itu, pusat membeli belah ini juga kerap kali mengadakan pertunjukan besar – besaran seperti pertunjukan fesyen pelamin raja sehari, pertunjukan seni lukis dan arca, pertunjukan kraf Malaysia dan pelbagai program yang berbentuk kemasyarakatan.

Pusat membeli belah yang terletak di persimpangan penting antara jalan Skudai ke kawasan Kempas dan Pasir Gudang ini sentiasa meriah dengan pelbagai acara. Lokasinya juga sangat berhampiran dengan pusat jualan kain terbesar di Malaysia iaitu Jakel. Di dalam pusat membeli belah ini terdapat pasaraya UO yang berlokasi di sebelah kanan dalam bangunan yang di tempatkan mulai daripada tingkat bawah sehingga tingkat tiga. Di tingkat bawah nya terdapat banyak restoran untuk menjamu selera seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hut, Boat Noodle, SubWay, Secret Recipe dan Cool Blog. Di tingkat bawah ini juga terdapat medan selera untuk mereka yang ingin berjimat.

Di tingkat lima bangunan ini terdapat tempat hiburan yang pelbagai. Antara yang terdapat di sini termasuklah Angsana Bowling, Pusat Karaoke Keluarga dan Pusat Permainan Arked untuk kanak – kanak. Selain daripada itu, di tingkat teratas ini juga terdapat kedai menjual pakaian dan barangan hiasan dan aksesori daripada China. Do tingkat empat Plaza Angsana ini juga terdapat kedai menjual peralatan muzik MCM, pusat jualan permainan kanak – kanak dan remaja seperti Drone, Spinner, Remote Heli dan banyak lagi. Di tingkat tersebut juga terdapat pusat jualan telefon bimbit untuk semua jenama yang terdapat di Malaysia.

 

Aeon Mall

Terdapat sekurang – kurangnya enam pusat membeli belah Aeon Mall di Johor Bahru. Ini termasuklah Aoen Mall Tebrau City, Aeon Mall Bukit Indah, Aeon Mall Permas Jaya, Aeon Mall Taman Universiti, Aeon Mall Kulaijaya dan Aeon Mall Dato’ Onn. Antara yang paling digemari oleh ‘kaki shopping’ adalah Aeon Mall Tebrau City, Aeon Mall Bukit Indah dan Aeon Mall Dato’ Onn.

Aoen Mall Tebrau City merupakan pusat membeli belah yang terbesar berbanding Aeon Mall yang lain di Johor Bahru. Lokasinya yang strategik berhampiran pusat perabot terkemuka IKEA di sebelah kanan dan pusat membeli belah Tesco di sebelah kiri menjadikannya antara pusat membeli belah yang paling sibuk di negeri Johor. Keseluruhan bangunan ini adalah setinggi lima tingkat. Setiap tingkat mempunyai fokus tersendiri. Di tingkat paling bawah terdapat pasaraya Aeon dan kedai – kedai menjual makanan berpaket. Di tingkat dua pula terdapat kedai jualan pakaian daripada pelbagai jenama terkemuka. Di tingkat tiga terdapat banyak kedai jualan peralatan computer dan aksesori serta telefon bimbit. Pada tingkat empat ditempatkan kedai – kedai menjual hiasan diri yang berasaskan emas, kristal dan berlian. Di tingkat teratas pula terdapat restoran makanan dan pawagam.

Aeon Mall Dato’ Onn pula terletak di jalan Bandar Dato’ Onn. Untuk ke pusat membeli – belah ini anda perlu melalui jalan Pasir Gudang atau menggunakan jalan Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kempas. Pusat membeli – belah ini merupakan antara Aeon Mall yang terbaru di Johor Bahru. Bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di dalam kawasan perumahan mewah Dato’ Onn dan Adda Height, kebanyakan barangan jualan di sini terdiri daripada jenama yang bermutu tinggi. Di perkarangan masuk ke pusat membeli – belah ini di hiasi halaman ala – ala laman santai. Terdapat beberapa peralatan senaman ringkas dan kedai makanan yang unik yang sangat sesuai untuk berehat dan berfotografi khususnya di waktu petang.

Jika anda menghala ke arah Bandar Iskandar Nusajaya dari bandar Johor Bahru, anda akan melalui kawasan Aeon Mall Bukit Indah. Pusat membeli – belah mempunyai keluasan yang hampir menyamai keluasan Aeon Mall Tebrau City. Seperti juga konsep Aeon Mall Tebrau City, Aeon Mall Bukit Indah ini menempatkan sebuah pawagam di tingkat empatnya iaitu Cinemax. Di tingkat bawahnya pula terdapat pasaraya Aoen dan medan selera. Terdapat juga restoran makanan segera di sini seperti KFC, Mc Donald, A&W, Secret Recipe dan Chicken Rice Shop.

 

IKEA

Sesiapa sahaja pasti kenal dengan jenama pembuatan kelengkapan perabot rumah terkemuka dari Sweden ini. Gedung IKEA di Johor Bahru merupakan yang pertama di wilayah selatan tanah air kita dan merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Dibuka secara rasminya pada 16 November 2017. Pada minggu pertama pembukaannya, seluruh kawasan di Tebrau dan laluan yang berhampiran menjadi sesak dengan kenderaan.

Jika anda ke sini, pastikan anda mempunyai rehat dan tenaga yang secukupnya. Kerana gedung ini sangat luas. Ia merangkumi keluasan seluas 46,713 meter persegi dan menyediakan 54 bilik pameran yang setiap satunya akan menghabiskan sekurang – kurangnya lima minit untuk anda terokai.Ini bermakna anda memerlukan sekurang – kurangnya masa lebih kurang empat jam untuk melihat semua bilik pameran yang disediakan.

Uniknya bilik pameran di IKEA ini, ia dihiasi sepenuhnya seolah – olah anda bukan berada di sebuah gedung perabot, tetapi seolah – olah berada di sebuah rumah yang sebenar. Jika ruang tamu dihiasi dengan kelengkapan penuh seperti televisyen, sofa, almari hiasan, buku – buku, cawan mug dan lampu yang sentiasa dinyalakan, ruang pameran bilik tidur pula dilengkapi dengan katil, tilam bersama selimut dan bantal, lampu tidur malah dipamerkan bersama kasut bilik tidur sekali! Paling menarik, anda boleh duduk dan berbaring untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan perabot yang disediakan.

Perabot yang dijual di sini berkualiti tinggi, elegan dan direka dengan sangat effisyen walaupun untuk ruang rumah yang sempit. Paling penting rekaanya sangat menarik dipandang dan luar biasa kreatif. Salah satu pengalaman yang mesti anda rasakan juga semasa membeli – belah di gedung IKEA Johor Bahru ini adalah keenakan Meatball Sweden nya. Di tingkat atas gedung ini terdapat kafe yang menjual makanan yang berasaskan menu dari Sweeden. Jika anda ‘berwindow shoping’ di sini, jangan lupa untuk merasakan menu yang disediakan. Air minuman disediakan secara percuma.

 

Johor Premium Outlet

Pusat membeli – belah ini sudah tidak asing lagi di kalangan penggemar koleksi pakaian berjenama antarabangsa yang berprestij. Sebut sahaja Johor Premium Outlet atau lebih dikenali dengan singkatan JPO ini, pasti terbayang pakaian berkualiti premium yang boleh mencecah harga sehingga ribuan ringgit untuk harga sehelai. Dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011, pusat membeli belah ini boleh dikunjungi melalui susur keluar laluan lebuh raya utara selatan yang menghala ke daerah Kulaijaya.

Suasana membeli – belah di sini agak tenang dengan lanskap dalaman bangunan yang dihiasi konsep taman. Sepintas lalu berjalan untuk membeli – belah di sini akan terasa seolah – olah anda sedang berada di luar negara. Terdapat banyak ruang rehat dan kerusi disediakan di laluan membeli – belah. Anda juga tidak perlu risau dengan tempat meletak kenderaan, kerana JPO mempunyai ruang letak kereta yang sangat luas.

JPO menjadi tumpuan ramai apabila mereka sedang mengadakan jualan dengan diskaun sehingga 70% untuk jenama – jenama yang ternama. Jualan dengan diskaun seperti ini membolehkan anda membuat penjimatan bukan hanya ratusan ringgit, malah mungkin ribuan ringgit untuk memilik koleksi barangan yang anda idam – idamkan. Antara jenama yang terdapat di sini termasuklah Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan banyak lagi. Terdapat juga butik khusus yang menjual jam tangan dan beg tangan buatan luar negara yang berkualiti tinggi.

 

City Square

Pusat membeli  – belah City Square Johor Bahru mula dibuka pada tahun 1999. Bangunan pusat membeli belah ini setinggi 36 tingkat yang mana tingkat satu hingga tingkat tujuh dijadiakan ruangan membeli belah. Manakala tingkat bangunan yang berikutnya dijadikan sebagai blok pejabat. Keluasan keseluruhan pusat membeli – belahnya merangkumi kawsan seluas 41,800 meter persegi dengan menepatkan sebanyak 300 outlet dan kedai.

Pusat membeli – belah yang dikunjungi sekurang – kurangnya 1.5 juta pelawat setiap bulan ini menyediakan outlet dan kedai yang menjual koleksi pakaian, barang kemas dan peralatan elektronik. Terletak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, City Square Shopping Mall ini sangat berdekatan dengan lokasi Pasar Karat dan Tambak Johor. Ini menjadikannya pusat membeli – belah yang paling kerap dikunjungi oleh rayat negara jiran Singapura. Bangunan City Square ini juga berada di lokasi tepat – tepat bersebelahan bangunan Imigresen ke Singapura.

Di dalam bangunan City Square ini terdapat sebuah pawagam iaitu mmCineplex. Ia terletak di tingkat lima dan tujuh bangunan ini. Di tingkat tiga dan empat pula terdapat gerai makanan yang meyediakan pelbagai menu masakan dari China dan Jepun. Boleh dikatakan pusat membeli – belah ini memenuhi segala keperluan membeli – belah di dalam sebuah bangunan dan anda boleh berada disini sepanjang hari untuk mendapatkan apa sahaja. Cuma sahaja cuba elakkan datang ke sini pada waktu puncak kerana ia agak sesak dengan kenderaan.

 

Komtar JBCC

Ini merupakan sebuah lagi pusat membeli – belah di Johor Bahru yang berlokasi bersebelahan dengan City Square. Komtar JBCC satu masa dahulu adalah sebuah bangunan lama yang telah dibina semula menjadi bangunan pusat membeli – belah yang serba modern pada penghujung tahun 2014.

Bagunan ini mempunyai enam tingkat yang mana tingkat empat dan ke atas adalah tempat letak kereta. Manakala tingkat satu hingga tingkat tiga adalah pusat membeli belah. Pusat membeli-belah ini mempunyai kafe-kafe, pasar raya moden, bazar souk, kedai-kedai kanak-kanak dan 1,700 tempat letak kereta di tempat letak kereta empat tingkat

Di dalam Komtar JBCC ini terdapat medan selera yang menempatkan pelbagai kedai makanan. Salah satu yang menjadi kegemaran adalah kedai makan nasi lemak. Makanan secara ala carte disediakan dengan nasi lemak. Makanan di sini sedap – sedap belaka dan sangat membuka selera. Taman aktiviti Angry Birds khas untuk kanak – kanak pula terletak di tingkat tiga. Harga tiket untuk memasuki taman aktiviti ini adalah RM60.00 seorang bagi pemegang Mykad dan Mykid. Bagi pakej keluarga pula harga yang dikenakan adalah RM218.00 untuk empat orang. Bersebelahan dengan taman aktiviti ini dibuka sebuah kedai berkonsepkan Jepun iaitu Daiso.