HOMESTAY TAMAN UNIVERSITI SKUDAI

Kami di Casa Delima Homestay menyediakan perkhidmatan Homestay untuk percutian anda sekeluarga. Homestay kami terletak di lokasi berdekatan UTM Skudai. Sekiranya anda mencari hotel bajet berdekatan skudai atau homestay nusajaya, kami menyediakan pilihan homestay terbaik untuk anda. Kelengkapan dan kemudahan yang kami sediakan termasuk peralatan memasak, peti sejuk, setrika, aircond dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk percutian dan persinggahan seisi keluarga.

Tempah sekarang >> HOMESTAY TAMAN UNIVERSITI SKUDAI <<

 

TEMPAT MENARIK DI NEGERI JOHOR 2018.

Mencari lokasi percutian dan persinggahan yang menarik di Negeri Johor? Mungkin anda sedang merancang untuk bercuti di sini. Atau mungkin juga anda mencari penginapan yang sesuai buat ahli keluarga anda untuk majlis konvokesyen di UTM Skudai. Kenapa kami berpendapat begitu, kerana majoriti pelanggan yang menempah homestay kami memang mencari homestay dan hotel bajet berdekatan UTM Skudai.

Baiklah, berbalik kepada penceritaan kita. Terdapat banyak lokasi menarik yang boleh anda lawati di negeri ‘Harimau Selatan’ ini. Mari kami ceritakan keunikan dan keindahan negeri Johor berdasarkan pengalaman kami sendiri dan mereka yang pernah  menginap di homestay kami di Johor Bahru. Kami akan senaraikan beberapa lokasi ‘menarik dilawati’ berdasarkan tarikan terkini 2018 di negeri Johor Darul Takzim!

 

TAMAN TEMA AIR

1. Austin Height Water and Adventure Park

Ini merupakan taman tema air yang sangat ‘adventures’ sesuai untuk anak – anak dan parents yang aktif. Terletak di Taman Mount Austin, Johor Bahru, taman tema yang agak baru ini menyediakan platform luncur air setinggi bangunan lima atau enam tingkat! Ya, hampir setinggi bangunan enam tingkat. Pernah berdiri di koridor bangunan enam tingkat? Itulah ketinggian platform luncur air di sini. Pintu masuk ke taman tema air ini dihiasai dengan pokok replika bagi mewujudkan suasana pengembaraan.

Persekitaran yang berlantaikan jubin berwarna coklat kekuningan dan hamparan rumput karpet, Austin Height Water and Adventure Park ini juga dihiasi dengan pokok – pokok hiasan yang menghijau. Cukup mendamaikan mata memandang. Terdapat dua luncur air yang ada di sini, iaitu Yellow Wall dan Supersurf. Supersurf mempunyai enam tempat luncur pada sudut kecondongan 60 darjah. Di sini enam orang boleh meluncur dalam satu masa. Manakala Yellow Wall pula mempunyai satu kawasan luncur yang besar dan memberikan pengalaman ‘surf bounce’.

Bagi yang ingin santai – santai pula, bolehlah menikmati pengalaman di Splash World, Lazy River dan Wave Pools. Ada banyak lagi tarikan di sini, termasuklah Rainbow Hood, Lazy River, Groundbreaker Rock Venue, Splash World,    Supersurf, G-Force Alley, Summer Breeze Bar, Yellow Wall, Uphill Battle,        Racer Bowl, Austin Wave Pool, Tropical Cabana,  dan “Hola-Flora” Tots Play. Untuk mengalas perut pula, disediakan Mini Bites Food Court.

Harga yang perlu anda bayar adalah : RM118 untuk dewasa 12 tahun ke atas, RM98 kanak – kanak berusia dari tiga hingga 12 tahun dan RM 12 untuk bayi di bawah tiga tahun.

 

2. TS Wonderland Indoor Water Theme park

Taman tema air TS Wonderland Indoor Water Themepark ini terletak di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor dan mula dibuka pada awal tahun 2015. Ia mengambil masa 40 minit perjalanan dari pusat Bandar Johor Bahru. Jika dilihat daripada luar, bangunan taman tema ini direka bentuk seperti sebuah castle. Anda akan memasuki bangunan ini melalui pintu gerbang utamanya dengan dua tiang seri yang besar.

Taman tema ini dibina di dalam sebuah bangunan yang tertutup. Jadi tiada masalah jika anda ingin datang ke sini walaupun pada musim hujan atau nak beriadah ketika cuaca panas. Dibuka seawal jam 10 pagi sehinggalah jam 7 malam. Antara tarikan yang disediakan di sini termasuklah papan gelongsor air, taman permainan kanak – kanak, Splash World dan rock climbing. Terdapat dua papan gelongsor air di sini yang berketinggian bangunan satu tingkat.

Berapa bayaran yang dikenakan? Untuk dewasa RM25 seorang, manakala bagi kanak – kanak dibawah ketinggian 75CM pula adalah Percuma. Selain daripa itu, warga emas yang berusia lebih 60 tahun dan warga OKU juga dikecualikan bayaran. Taman tema ini turut dilengkapi dengan alat pengawasan CCTV dan kemudahan simpanan barang – barang. Untuk menjamu selera selepas seharian mandi – manda, bolehlah ke cafeteria yang disediakan di dalam bangunan yang sama. Menunya pula hanyalah ‘Western Food’.

Jika anda nak sambut hari lahir, anda boleh buat sambutan di sini. Kerana taman tema air ini turut menyediakan ruang khas untuk disewa bagi mengadakan birthday party.

 

3. Wet World Batu Pahat.

Taman tema air Wet World Batu Pahat ini terletak di Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Jika dibandingkan dengan taman tema air yang lain, taman tema ini hanya menyediakan beberapa permainan air yang asas. Sesuai dengan harga yang dikenakan, taman tema air ini boleh disebut sebagai taman tema air mini. Kawasan nya terbuka dan agak luas. Pastikan anda tidak dating ke sini semasa musim hujan kerana taman tema ini tidak mempunyai tempat lindungan hujan yang banyak.

Jika anda inginkan suasana yang tidak terlalu terbuka dan terlalu meriah ataupun anda inginkan suasana yang lebih ‘privacy’, di sinilah tempat yang sesuai. Dari segi kemudahan cafeteria yang disediakan, harga barangan jualan yang ditawarkan agak tinggi. Anda juga tidak dibenarkan membawa makanan dari luar ke dalam taman tema ini. Bagaimanapun, anda boleh membawa makanan sendiri kerana pemeriksaan jarang dilakukan.

Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah Kiddie Pool, Wave Pool, Big Splash, Dinosaur Lake, Lazy River dan  Spa Pool. Antara yang paling luas adalah Activity Pool. Di activity pool terdapat titian gelembung angin dan beberapa permainan air yang lain. Pada waktu malamnya pula terdapat LED Light Show yang sangat cantik untuk sesi fotografi.

Berapakah harga yang dikenakan? RM 18 untuk pelawat dewasa dan RM 25 untuk kanak – kanak. Manakala untuk kanak – kanak di bawah ketinggian 85cm pula, kemasukan adalah Percuma.

 

4. Tiram Indoor Water Park.

Taman tema air ini terletak di dalam sebuah pusat membeli belah di Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram iaitu Todays Mall, Ulu Tiram. Apa yang menariknya di sini adalah taman tema ini adalah yang paling hampir kepada semua keperluan termasuk tempat menjamu selera, pusat permainan bowling, malah terdapat panggung wayang di dalam bangunan yang sama. Jika anda inginkan taman tema air yang lengkap dengan keperluan lain, taman tema air Ulu Tiram ini adalah pilihan terbaik untuk anda sekeluarga.

Dengan keluasan seluas 26,000 kaki, taman tema ini juga mempunyai ‘pirate theme-park’ iaitu taman tema yang bertemakan ‘lanun’. Taman tema ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu Wet Park, Dry Park dan Party Room. Di Wet Park, ia dihiasi dengan patung dan ukiran haiwan laut yang menjadi watak – watak utama kartun yang bertemakan lautan. Manakala Dry Park pula menyediakan permainan dan ‘tungangan’ yang direka khas untuk keseronokan kanak – kanak. Party Room menyediakan ruangan khas untuk melakukan aktiviti sambutan keraian seperti sambutan hari lahir.

Di Wet World terdapat dua gelongsor air iaitu satu gelongsor luas yang berwarna biru manakala satu lagi adalah gelongsor di dalam tube yang bercabang dua. Ketinggian air di sini adalah paras lutut orang dewasa. Maka, tempat ini tidak sesuai untuk para remaja untuk bermandi – manda. Ia hanya sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak – anak kecil.

Harga tiket yang ditawarkan pula bermula daripada RM14.70 untuk dewasa dan RM20.00 untuk dewasa. Berbanding taman tema air yang lain, taman tema ini tidak mengecualikan bayaran untuk kanak – kanak walaupun berumur seawal satu bulan.

 

5. KSL Dinosaur Alive Water Park

Anak – anak anda cukup minat dengan dinosaur? Kalau begitu, KSL Dinosaur Alive Waterpark ini mungkin pilihan terbaik untuk anda seisi keluarga. Di sini terdapat beberapa replika dinosaur yang boleh bergerak dengan sendirinya. Sesuai dengan namanya, taman tema air ini terletak di atas bangunan hotel KSL di Johor Bahru. Beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

Waterpark ini mempunyai sebuah kolam mandi utama dan tiga kolam mini. Keluasannya agak terhad kerana kedudukkannya yang berada di atas bangunan. Dari segi pemandangan pula, kawasan ini dihiasi dengan pokok renek dan kawasannya agak lapang dengan kawasan tepiannya terdapat lokasi menjamu selera yang sangat selesa. Terdapat dua papan gelongsor air dan sebuah water splash gergasi di sini. Dari aspek dress code di sini, ia agak tegas yang mana anda hendaklah menggunakan pakaian mandi yang lengkap. Tidak dibenarkan menggunakan jubbah, pakaian dalam atau seluar jeans.

Untuk santapan selesai mandi – manda, terdapat kafe yang disediakan di dalam bangunan hotel. Harag yang ditawarkan mengikut standard harga jualan makanan di hotel. Memang agak mahal barangan yang dijual. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar ke dalam waterpark ini.

Harga yang ditawarkan pula adalah Percuma khas buat mereka yang menginap di hotel KSL. Bagi yang walk in pula, harga yang dikenakan adalah RM50.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak – kanak. Untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak – kanak dibawah usia lima tahun pula, kemasukan adalah Percuma.

 

6. Taman Tema Air Karosel

Taman tema air ini terletak di Taman Nusa Bestari 2, Kalan Skudai, Johor Bahru. Waterpark ini adalah indoor waterpark. Ia sesuai untuk dikunjungi walaupun pada masim hujan. Ia mula beroperasi seawal jam 10 pagi dan ditutup kepada awam pada jam 6 petang.

Taman tema air ini sesuai untuk keluarga bersama anak – anak kecil dan tidak sesuai untuk remaja. Ini adalah kerana fasaliti yang disediakan khusus untuk kanak – kanak sahaja. Apa yang terdapat disini adalah sebuah giant bucket, sebuah lazy river dan dua buah gelongsor air.

Harga yang ditawarkan untuk kemasukan ke taman air ini adalah RM 20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak – kanak berusia dari tiga hingga 12 tahun. Mnakala untuk kanak – kanak di bawah tuga tahun pula adalah percuma. Selain itu, terdapat juga pakej disediakan dengan RM70 untuk lima orang dewasa dan RM50 untuk family package iaitu dua dewasa dan seorang kanak – kanak.

 

7. Starhill Waterpark

Waterpark ini terletak di KM 6.5, Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, Skudai, Johor Bahru. Waterpark ini sebenarnya terletak di dalam Starhill Golf and County Club. Secara teknikalnya, ia kepunyaan private Golf Club tetapi dibuka kepada awam. Maka, makanan dari luar adalah tidak dibenarkan dibawa masuk dan diperiksa dengan sangat ketat di sini. Lifeguard juga turut disediakan.

Di waterpark ini terdapat sebuah kolam mandi yang luas. Bermula dari tebingan yang sesuai untuk kanak – kanak sehinggalah kawasan yang dalam sesuai untuk dewasa dan remaja. Selain daripada itu, terdapat juga kid’s play swimming pool untuk kanak – kanak bermandi manda dengan selamat. Di setiap kolam atau pool, terdapat water slidernya sendiri. Seperti juga beberapa waterpark yang lain, disini juga disediakan ‘event space’ untuk anda yang perlukan ruang membuat majlis keraian dan sambutan hari jadi.

Taman tema air ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin. Bayaran masuknya pula adalah RM10.60 untuk dewasa dan RM8.50 untuk kanak – kanak berusia lima hingga 12 tahun. Kanak – kanak dibawah lima tahun pula, masuk adalah percuma. Pada hari cuti Sabtu, Ahad dan cuti sekolah harga yang ditawarkan adalah RM20 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak – kanak. Manakala pada hari Public Holiday, harga agak tinggi iaitu RM25 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak – kanak.