HOMESTAY PANTAI KLEBANG

Kami di Casa Delima Homestay menyediakan perkhidmatan Homestay untuk percutian anda sekeluarga. Homestay kami terletak di lokasi berdekatan Pantai Klebang. Sekiranya anda mencari homestay di pantai klebang atau hotel di pantai klebang, kami menyediakan pilihan homestay terbaik untuk anda. Kelengkapan dan kemudahan yang kami sediakan termasuk peralatan memasak, peti sejuk, setrika, aircond dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk percutian dan persinggahan seisi keluarga.

Tempah sekarang >> HOMESTAY PANTAI KLEBANG <<

 

TAMAN TEMA AIR MENARIK DI MELAKA 2018

Sebut sahaja Melaka, pasti anda dapat membayangkan nilai sejarah yang tidak ternilai yang masih utuh tersimpan di negeri ini. Ini menjadikannya sebagai lokasi yang wajib dilawati oleh sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki di tanah Semenanjung Malaysia. Setiap tahun Melaka menerima lebih daripada sejuta pelancong yang ingin melihat sendiri nilai tinggalan sejarah yang telah berusia hampir lima abad ini.

Di atas peningkatan jumlah pelawat yang kian bertambah, semakin banyak hotel dan homestay dibuka. Ini khususnya di kawasan Pantai Klebang Melaka yang semakin mendapat pemintaan yang tinggi. Kami di Casa Delima juga turut menyediakan homestay yang cukup selesa untuk anda dan keluarga di sini.  Baiklah, mari kami ceritakan kepada anda beberapa lokasi taman tema air yang menarik yang wajib anda dan anak – anak lawati semasa bercuti atau menginap atas urusan kerja di Melaka :

 

Taman Tema Air A Famosa Resort

Taman tema air di A Famosa Resort dikenali sebagai taman tema air yang terbesar di Melaka. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan air terdapat di taman tema ini. Uniknya di sini terdapat kolam sejuk yang tidak terdapat pada mana – mana taman tema air yang lain.

Di dalam taman tema air ini juga disediakan tempat mandi manda yang dikhususkan untuk kanak – kanak sahaja. Ini bermaksud ia disediakan dengan lebih banyak fasiliti yang tidak terbatas untuk pengunjung kanak – kanak. Tujuannya adalah untuk memberi keseronokan kepada anak – anak kecil bermandi – manda dengan perasaan yang lebih selamat. Antaranya adalah Arabian Village dan Kids Adventure Pools.

Jika anda datang ke taman tema air ini bersama keluarga yang rata – rata terdiri daripada kanak – kanak berusia 10 tahun ke atas dan orang dewasa, terdapat fasaliti yang dibina khas untuk anda berseronok bersama ahli keluarga. Terdapat empat fasaliti yang disediakan iaitu Familly Raft, Wave Pool, Sandy Beach dan Lazy River.

Untuk merasakan pengalaman yang lebih mencabar, anda boleh beraktiviti dengan mencuba Wa Ha Ha, Hula Hula, Inner Tube dan juga High Speed Ride. Akiviti yang disediakan di sini lebih ‘adventurous’ dan sesuai untuk pengunjung dewasa. Selain itu terdapat juga Big Ice Cream di sini. Ia merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Berapa ketinggiannya? Setinggi 20.8 meter dengan keluasan ukur lilit 18.3 meter. Panjang keseluruhannya pula adalah sepanjang 108 meter.

Untuk berkunjug ke sini, anda boleh datang pada waktu operasinya bermula jam 11 pagi sehingga jam tujuh malam pada hari Isnin hingga Jumaat. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad taman tema air ini dibuka seawal jam sembilan pagi.Jangan datang pada hari Selasa kecuali pada cuti umum atau cuti sekolah, kerana taman tema air ini ditutup pada setiap hari Selasa.

 

Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park

Berlokasi di Ayer Keroh, Melaka, taman tema air ini merupakan salah satu fasiliti rekreasi keluarga yang terdapat di dalam resort. Ia merupakan taman tema air yang terbaru menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara di Melaka. Taman tema air ini bertemakan dunia dinasour dan menawarkan pelbagai keseronokan yang lengkap untuk seisi keluarga.

Terdapat sebelas tarikan utama di sini termasuklah ‘high speed water slide’, Tornado Chaser (pertama di Malaysia), Crazy River, Big Wave Pool dan banyak lagi. Kawasan ini meliputi tanah seluas 360 hektar dengan pemandangan alam semulajadi yang sungguh menenangkan fikiran. Di dalam kawasan rekreasi ini turut terdapat tasik rekreasi yang menyediakan aktiviti seperti ‘Pedal Boating’, Tube Ride, Fish Feeding dan eScooter ride. Bagaimanapun, pelawat perlu membuat bayaran berasingan untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Setelah penat berekreasi, anda boleh menjamu selera di beberapa buah kiosk makanan yang terdapat di beberapa lokasi di dalam taman tema ini. Terdapat makanan yang berasaskan nasi deisediakan seperti Nasi ayam masak merah, Nasi kari ayam dan Nasi ayam rendang. Selain itu, terdapat juga Mee kari, mee sup dan Spaghetti  Bolognese. Bagi kanak – kanak pula disediakan ‘kiddy meals’ kegemaran kanak – kanak seperti nugget, spring rolls dan ‘hot dogs’. Jika anda inginkan snack, jangan risau kerana di sini turut menyediakan burger, nugget dan waffle.

Harga tiket yang ditawarkan berbeza mengikut hari lawatan. Pada hari biasa harga yang ditetapakn untuk pelawat dewasa adalah RM36.00, kanak – kanak RM29.00 dan RM22.50 untuk warga emas dan OKU. Manakala pada hujung minggu pula harga yang ditetapkan adalah RM40.50 untuk pelawat dewasa, RM34.00 untuk kanak – kanak dan RM22.50 untuk warga emas dan OKU. Bagi kanak – kanak dibawah ketinggian 90cm atau dibawah umur 12 tahun, kemasukan adalah percuma.

 

Bayou Lagoon Park Resort

Untuk sampai ke Bayou Lagoon Park Resort anda perlu memandu sekitar 15 minit daripada Jonker Walk, di Bandar Hilir, Melaka. Sesuai dengan namanya, taman tema air di Bukit Katil, Melaka ini juga terletak di dalam resort. Kedudukannya bersambungan dengan bangunan hotel, memudahkan penginap resort bertandang ke sini. Kemudahan seperti internet percuma dan pusat gym juga disediakan untuk pelawat yang menempah resorts.

Meskipun taman rekreasi air ini hanya mempunyai dua ‘water slides’ utama, tetapi ia menawarkan kawasan mandi – manda yang luas untuk anak – anak anda. Water slides utamanya sepanjang 100 meter dengan jaluran warna – warni pada ketinggian lebih kurang 15 meter sangat menceriakan. Taman rekreasi yang dibuka mulai jam 9.00 pagi dan ditutup kepada walk in guest pada jam 7.00 malam ini sangat sesuai untuk majlis keraian bersama keluarga dan melakukan program ‘team building’.

Bersebelahan dengan taman tema air ini terdapat Magic 3D Art Musuem yang menempatkan pelbagai lukisan 3D yang kretif pada dindingnya. Ia sangat sesuai untuk kaki ‘selfie’ yang inginkan kelainan ketika berfoto. Terdapat juga teater 9D di dalam bangunan resort taman air ini khusus untuk pengunjung yang sukakan pengalaman ber’roller coaster’. Teater ini dibuka seawal jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 malam dengan harga tiket RM16.00 seorang.

Harga yang ditetapkan untuk walk in guest ke taman rekreasi air ini berbeza mengikut hari lawatan. Pada hari biasa harga tiket untuk pelawat dewasa adalah RM22.00, kanak – kanak RM16.00 dan warga emas RM11.00. Manakala pada hujung minggu atau pada musim cuti sekolah pula harga tiket yang dikenakan kepada pelawat adalah RM28.00 untuk dewasa, RM20.00 untuk kanak – kanak dan RM14.00 untuk warga emas. Bagi kanak – kanak dibawah usia 12 tahun atau dengan ketinggian di bawah 90cm, kemasukan percuma diberikan.