HOMESTAY PANTAI KLEBANG

Kami di Casa Delima Homestay menyediakan perkhidmatan Homestay untuk percutian anda sekeluarga. Homestay kami terletak di lokasi berdekatan Pantai Klebang. Sekiranya anda mencari homestay di pantai klebang atau hotel di pantai klebang, kami menyediakan pilihan homestay terbaik untuk anda. Kelengkapan dan kemudahan yang kami sediakan termasuk peralatan memasak, peti sejuk, setrika, aircond dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk percutian dan persinggahan seisi keluarga.

Tempah sekarang >> HOMESTAY PANTAI KLEBANG <<

 

TAMAN MEMBELI BELAH DI MELAKA 2018

Sebut sahaja Melaka, pasti anda dapat membayangkan nilai sejarah yang tidak ternilai yang masih utuh tersimpan di negeri ini. Ini menjadikannya sebagai lokasi yang wajib dilawati oleh sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki di tanah Semenanjung Malaysia. Setiap tahun Melaka menerima lebih daripada sejuta pelancong yang ingin melihat sendiri nilai tinggalan sejarah yang telah berusia hampir lima abad ini.

Di atas peningkatan jumlah pelawat yang kian bertambah, semakin banyak hotel dan homestay dibuka. Ini khususnya di kawasan Pantai Klebang Melaka yang semakin mendapat pemintaan yang tinggi. Kami di Casa Delima juga turut menyediakan homestay yang cukup selesa untuk anda dan keluarga di sini.  Baiklah, mari kami ceritakan kepada anda beberapa lokasi membeli belah yang boleh anda jadikan tempat mendapatkan buah tangan setelah mengunjungi Melaka Negeri Bersejarah:

 

Dataran Pahlawan

 

 

Setiap pengunjung yang mengunjungi Melaka pasti dapat melihat sendiri pusat membeli belah ini. Ia disebabkan oleh kedudukkan Dataran Pahlawan yang sangat strategik berada di tengah – tengah laluan bandar Melaka. Turut dikelilingi beberapa bangunan bersejarah yang lain yang menjadi tumpuan pelancong seperti A’ Famosa dan Bukit St. Paul, pusat membeli belah Sembilan tingkat ini menempatkan pusat jualan, pusat hiburan, medan selera serta kedai cendera hati.

Diantara jenama antarabangsa yang terdapat di sini termasuklah Espirit, Quicksilver dan MNG. Selain itu, terdapat juga beberapa jenama lain yang gah di sini termasuklah Nichii dan Padini. Jika yang hendaklah membeli belah tetapi mempunyai bajet yang agak terhad, anda masih boleh mendapatkan pakaian berkualiti di sini di rangkaian seperti Brands for Less, Brands Outlet dan Factory Outlet.

Di Dataran Pahlawan ini juga terdapat kedai jualan Perfume Avenue untuk peminat minyak wangi, Toys R US syurga mainan kanak – kanak, dan Mr DIY bagi yang meminati kerja tangan kreatif. Jika anda ingin membawa cenderamata sebagai tanda kenang – kenangan mengunjungi Melaka, boleh lah ke tingkat ‘basement’ yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan menarik yang boleh dijadikan sebagai cenderamata.

Setelah membeli – belah, anda boleh bersantai bersama rakan – rakan atau ahli keluarga dengan menonton wayang tiga dimensi di Golden Screen Cinema. Sekiranya anda mempunyai kemahiran ‘skating’ boleh cuba bakat anda di The Super Roller. Selain daripada dua tempat ini, dua tempat yang tidak kurang menariknya untuk seisi keluarga adalah Revo Archery. Di sini anda boleh mengasah bakat memanah anda. Jangan lupa juga meluangkan masa anda ke Coral Wonderland yang terletak di tingkat empat pusat membeli belah ini. Ia menawarkan pengalaman ‘touchable’ akaurium yang satu – satunya terdapat di Malaysia.

 

Mahkota Parade

Berjiranan dengan Dataran Pahlawan, Mahkota Parade merupakan salah satu lagi pusat membeli belah yang terletak di tengah – tengah lokasi strategik di bandar Melaka. Ia merupakan pusat membeli belah yang pertama dibina di Melaka sekitar tahun 1994. Menawarkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa, restoran dan pusat hiburan, Mahkota Parade menempatkan hampir 200 buah kedai.

Pusat membeli belah setinggi empat tingkat ini menyediakan sehingga 1,000 buah tempat letak kereta. Dengan keluasan seperti ini, Mahkota Parade turut menempatkan dua gergasi hypermarket iaitu Giant dan Parkson Grands. Selain pasaraya Parkson yang terdapat di salah satu tingkatnya, di sini juga terdapat Al Ikhsan Store khas buat peminat pakaian sukan untuk mendapatkan koleksi pakaian sukan mereka. Jika anda mempunyai bajet yang terhad tetapi inginkan pakaian kasual yang bertaraf antarabangsa, bolehlah mengunjungi Reject Shop.

Selain kedai jualan yang menawarkan pakaian dan barangan berjenama antarabangsa, Mahkota Parade turut ditempati oleh beberapa kedai kecantikan. Terdapat banyak pusat kecantikan di sini seperti L’Occitane and The Body Shop, The Face Shop, Nature Republic and Etude House dan Fe’ Maritz.

Jika anda datang ke Mahkota Parade untuk riadah bersama keluarga, pelbagai pilihan riadah yang disediakan. Antara yang paling menarik perhatian adalah pangung wayang Lotus Five Star yang menawarkan tiket terendah pada harga hanya RM6 seorang. Tetapi tawaran ini dibuka setiap hari sehingga jam 12 tengah hari sahaja. Selain itu, anda juga boleh menghilangkan ‘stress’ di pusat permainan bowling terbesar di Melaka iaitu Ampang Superbowl. Semua ini boleh anda dapati di bawah satu bumbung Mahkota Parade.

 

Hatten Square

Ini merupakan salah sebuah pusat membeli belah yang juga terletak dilokasi strategik di bandar Melaka. Pusat membeli belah setinggi empat tingkat ini terletak di Jalan Merdeka, Melaka. Ia adalah sebuah pusat membeli belah yang berkongsi dengan Hotel Hatten. Dengan status bangunannya  berkembar dengan hotel, ini menjadikan pusat membeli belah Hatten Square ini sendiri lebih eksklusif.

Dibina dengan dilengkapi 1,500 buah petak tempat letak kereta, Hatten Square turut menyediakan tempat letak kereta khas untuk wanita. Pusat membeli belah ini juga berjiranan dengan dua lagi pusat membeli belah lain iaitu Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

Di tingkat bawah Hatten Square ini terdapat bahagian yang dikhaskan untuk produk – produk digital dan IT terutamanya barangan komputer serta peralatan dan aksesori untuk telefon bimbit. Di samping barangan yang berkonsepkan IT, di ruangan ini juga terdapat Haagen Dazs iaitu jenama asikrim yang terkenal. Jadi, jika anda penggemar aiskrim, boleh lah mengunjungi tingkat bawah Hatten Square.

Jika anda sukakan koleksi pakaian pelbagai ragam, di tingkat satu dan dua pusat beli belah ini anda boleh dapatkan pelbagai pilihan pakaian bermula daripada koleksi yang ‘trendy’, ladies style, funky T-shirts dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan di sini juga agak murah. Bagi anda yang ingin mendapatkan pakaian yang lebih bergaya, beg tangan dan kasut berkualiti tinggi, anda boleh meluangkan masa ke Hello Fashion House dan Anna House.

 

Freeport A’famosa Outlet

Jika Johor mempunyai Johor Premium Outlet, Melaka pula memiliki pusat membeli belah yang hampir setaraf iaitu Freeport A’famosa Outlet. Syurga membeli belah ini terletak di Alor Gajah, Melaka lebih kurang 147 KM dari Kuala Lumpur. Reka bentuk bangunan Freeport A’famosa ini sungguh eksklusif yang mana ia mengambil rekaan bangunan ala – ala Eropah. Pemandangan yang ditawarkan disini sungguh berbeza yang mana terdapat sebuah kincir air yang besar menjadi mercu tanda seolah – olah anda sedang berada di luar negara.

Pusat membeli belah premium ini menyediakan lebih daripada 70 buah kedai yang menawarkan jualan barangan original dan berkualiti berjenama antarabangsa. Harga yang diberikan pula sangat berbaloi kerana sering memberikan 30% sehingga 70% diskaun.Antara jenama yang paling mencuri tumpuan di sini adalah barangan berjenama Nike, Puma, Dr. Cardin, Clarks, Cotton On, Forever 21, Victoria Secret dan Crocs. Harga yang ditawarkan juga sangat menarik.

Di dalam lokasi membeli belah ini juga terdapat beberapa restoran makanan di medan seleranya seperti KFC, Marry Brown, Paparich dan beberapa lagi untuk anda menjamu selera selepas selesai membeli belah. Terdapat juga taman permainan kanak – kanak berhampiran restoran  – restoran ini untuk anak – anak anda bermain sambil menunggu makanan siap dihidangkan. Di satu sudut pula terdapat permainan carousel kuda yang disediakan secara percuma.