HOMESTAY TAMAN UNIVERSITI SKUDAI

Kami di Casa Delima Homestay menyediakan perkhidmatan Homestay untuk percutian anda sekeluarga. Homestay kami terletak di lokasi berdekatan UTM Skudai. Sekiranya anda mencari hotel bajet berdekatan skudai atau homestay nusajaya, kami menyediakan pilihan homestay terbaik untuk anda. Kelengkapan dan kemudahan yang kami sediakan termasuk peralatan memasak, peti sejuk, setrika, aircond dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk percutian dan persinggahan seisi keluarga.

Tempah sekarang >> HOMESTAY TAMAN UNIVERSITI SKUDAI <<

 

TEMPAT MENARIK DI NEGERI JOHOR 2018.

Mencari lokasi percutian dan persinggahan yang menarik di Negeri Johor? Mungkin anda sedang merancang untuk bercuti di sini. Atau mungkin juga anda mencari penginapan yang sesuai buat ahli keluarga anda untuk majlis konvokesyen di UTM Skudai. Kenapa kami berpendapat begitu, kerana majoriti pelanggan yang menempah homestay kami memang mencari homestay dan hotel bajet berdekatan UTM Skudai.

Sekarang anda sedang berada di Johor atau merancang untuk datang bercuti di negeri Johor Darul Takzim? Tak kisah dimana anda sedang berada, mari kami ceritakan kepelbagaian tarikan pelancongan yang menanti anda di negeri Harimau Selatan ini. Negeri ini kini mempunyai semakin banyak tempat menarik yang pastinya menawarkan keseronokan untuk pengunjung. Bermula daripada tempat tarikan yang eksklusif sehinggalah kepada yang boleh anda lawati walaupun tanpa perlu keluarkan wang ringgit! Berikut adalah antara beberapa tempat menarik di Johor yang boleh anda lawati.

1. PUTERI HARBOUR

Puteri Harbour atau nama asalnya adalah Pelabuhan Puteri merupakan lokasi yang boleh anda lawati bersama keluarga atau rakan taulan secara percuma! Apa yang ditawarkan di sini adalah pemandangan keindahan lautan yang bersih dan menenangkan jiwa. Untuk pengetahuan anda, kawasan ini di sempadan lautan dengan negara jiran Malaysia iaitu Singapura. Di sini anda boleh lihat negara maju tersebut dengan sangat dekat. Puteri Harbour ini ditempati pelabuhan kapal dan bot persendirian. Semasa berada di sini, secara sekilas pandang, anda akan terasa seperti sedang berada di pelabuhan Australia.

Lokasi ini dihiasi dengan aneka ragam rekaan arca yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buluh. Terdapat banyak kawasan di sini yang sesuai dijadikan tempat berfotografi atau berselfie. Kawasan nya juga luas dan terbuka kepada tiupan angin laut. Anda tidak perlu risaukan tentang tempat makan dan parking. Kerana terdapat banyak pilihan restoran untuk menjamu selera di sini. Parking kereta juga disediakan secara percuma tanpa bayaran. Pastikan anda datang ke Puteri Harbour ini pada waktu petang sebelum senja untuk menikmati panorama sunset nya yang sangat indah!

 

2. PUTERI HARBOUR INDOOR THEME PARK

Theme Park ini terletak di dalam kawasan Puteri Harbour. Apa yang tersedia di sini adalah theme park yang bertemakan dua karakter kartun kegemaran kanak – kanak iaitu Hello Kitty dan Thomas. Di Hello Kitty Town anda pasti teruja dengan rumah lengkap yang berkonsepkan Hello Kitty. Bermula daripada hiasan di bilik tidur, ruang dapur sehinggalah ke ruang tamu, semuanya berkonsepkan Hello Kitty.

Bagi peminat karakter kartun kereta api Thomas pula, Thomas Town menyediakan pelbagai replika kereta api serta beberapa kids ride seperti Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride dan Harold Helicopter ride. Paling istimewa adalah kereta api Thomas yang boleh dinaiki. Selain daripada karate Thomas, Thomas Town turut menyediakan replika karakter kartun popular yang menjadi kesukaan kanak – kanak seperti Angry Bird, Barney, Bob The Builder, dan Pingu.

Berapa caj yang dikenakan untuk ‘entry; ke sini? Harganya bermula daripada RM95 seorang dan RM158 untuk dua orang. Bagaimanapun, Puteri Harbour Theme Park ini sering mengadakan promosi terutamanya ketika musim cuti sekolah.

 

3. KILANG BATERI

Jangan pelik dengan namanya. Ketika berada di Kilang Bateri ini, bukan bermakna anda dibawa membuat lawatan sambil belajar di kilang membuat bateri. Sebaliknya Kilang Bateri ini adalah sebuah Bazaar yang berkonsepkan hipster. Lokasi ini pada asalnya adalah sebuah kilang bateri yang telah berhenti beroperasi dan diberikan nafas baru. Di sini terdapat beberapa buah kiosk dan kedai makanan yang menerapkan konsep beridentitaskan hipster. Hiasan yang menarik didekorasikan di setiap kiosk yang ada. Pelbagai jenis makanan yang popular berkonsepkan western di sediakan di sini. Antaranya western food oleh Labby Bros dan kacang pool oleh Cupchai.

Selain menjadi tempat menjamu selera, pengunjung Kilang Bateri juga boleh membeli-belah di butik dari jenama yang popular di media social seperti Costuro, Super Sunday dan JohoBaru. Sekiranya anda lelaki yang berminat untuk menggayakan rambut yang berkonsepkan stail moden dan trending, bolehlah mencuba servis gunting rambut di kedai gunting rambut 1855 di sini. Lokasi Kilang Bateri ini amat popular di Johor Bahru sehingga pernah beberapa kali dijadikan lokasi ‘shooting drama’ oleh produser ternama. Malah Kilang Bateri ini pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia!

 

4. DANGA BAY

Berbanding beberapa tahun yang lalu, Danga Bay kini telah ditambak dan dijadikan kawasan pembangunan kediaman mewah bertaraf antarabangsa. Walaupun begitu, anda masih boleh menikmati keindahan pantai buatannya dengan melawati Taman Century Garden. Kemasukan di sini adalah percuma. Century Garden menawarkan pemandangan yang indah buat semua pelawatnya. Banyak lokasi yang menarik dan kreatif di kawasan ini yang boleh anda jadikan tempat berfotografi.

Pada waktu malamnya, anda boleh meluangkan masa di Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan karnival yang sesuai untuk seisi keluarga. Dengan diterangi cahaya yang bergermerlapan, anda boleh bermain permainan seperti ferris wheel, merry-go-round dan pirate ship ride. Bayaran yang dikenakan untuk bermain permainan di sini adalah sekitar RM10 seorang mengikut permainan yang anda pilih.

Bertentangan dengan Danga World Mini Theme Park ini adalah pintu gerbang masuk ke Istana Bukit Serene. Di hadapan pintu masuk istana ini terdapat replika mahkota yang berkelipan. Di lokasi ini juga terdapat ‘water fountain’ yang sangat cantik dan berwarna – warni untuk anda nikmati pemandangannya. Untuk makluman anda juga, tidak jauh daripada lokasi ini terdapat sebuah banglo misteri yang pernah menggemparkan seluruh negara pada tahun 2013 iaitu ‘Villa Nabila’

 

5. AIR TERJUN KOTA TINGGI

Jika anda ingin menyejukkan badan ketika cuaca yang agak panas, anda mungkin boleh melakukannya di air terjun Kota Tinggi. Lokasi ini terletak sekitar 30 minit memandu dari pusat Bandar ke kawasan hutan lipur di Kota Tinggi. Perjalanan ke kawasan air terjun ini menghidangkan pemandangan hutan yang menghijau dan menenangkan minda.

Semasa memasuki kawasan rekreasi air terjun ini, terdapat dua tempat meletak kenderaan. Kawasan paling hadapan adalah kawasan meletak kenderaan percuma. Anda boleh berjalan kaki untuk memasuki kawasan air terjun. Manakala kawasan meletak kenderaan yang berikutnya lebih hampir dengan kawasan rekreasi. Bagaimanapun anda perlu memasuki pintu gerbang yang dikenakan bayaran RM3.00 untuk membawa masuk kenderaan. Di pintu tersebut juga akan dikenakan bayaran masuk RM7.00 seorang.

Di dalam kawasan air terjun ini terdapat puncak air terjun setinggi hampir 30 meter. Terdapat sekitar empat lokasi mandian di sini. Airnya sangat jernih sehingga anda boleh melihat kawanan ikan yang sedang berenang di dasar air. Di penghujung aliran air terjun ini terdapat gelongsor air yang sangat menarik. Bagi kanak – kanak, anda perlu memastikan penggunaan tiub angina digunakan kerana pada penghujung gelongsor air ini terdapat kawasan air yang dalam. Tetapi anda tidak perlu terlalu risau tentang keselamatan anak – anak kerana ‘lifeguard’ turut disediakan.

 

6. HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU

Ingin merasakan suasana hutan di dalam bandar? Inilah tempatnya! Sesuai dengan namanya, kawasan hijau ini terletak di tengah bandaraya Johor Bahru yang berhampiran dengan satu lagi tempat menarik di Johor Bahru iaitu Padang Merdeka. Hutan Bandar ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan flora dan fauna semula jadinya.
Dibuka seawal jam 10 pagi sehingga jam 6 petang, lokasi menarik ini menyediakan trek jogging, fish feeding ponds, kids activity park, dan kolam mandi – manda yang sesuai untuk kanak – kanak.

Ketika anda memasuki kawasan Hutan Bandar ini, anda akan disambut oleh ratusan ikan Koi bersaiz besar. Ikan – ikan tersebut boleh diberikan makanan oleh para pelawat. Makanan ikan disediakan di gerai berhampiran pintu masuk hutan Bandar pada harga RM2 sebungkus. Untuk masuk ke hutan bandar ini, anda tidak akan dikenakan apa – apa bayaran. Kemasukkan adalah percuma termasuk tempat letak kereta.

Di lokasi ini turut disediakan pelbagai reka bentuk gazebo yang diperbuat daripada bahan kayu untuk keselesaan riadah para pelawat bersama keluarga. Lokasi aktiviti perkhemahan dan BBQ juga turut disediakan. Di satu sudut Hutan Bandar ini juga terdapat Taman Orkid yang menempatkan ratusan spesies orkid yang unik dan cantik. Anda juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian atau di Food Truck yang disediakan sehingga jam 10 malam sambil menikmati pemandangan semulajadi.

 

7. LEGOLAND

Ini adalah tarikan pelancongan yang paling dikenali di negeri Johor. Ia adalah satu – satunya taman lego yang terdapat di asia tenggara. Di taman tema ikonik Legoland ini terdapat binaan replika mercu tanda kebanggan Malaysia seperti Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Bangunan Bank Negara, Masjid Putrajaya, Dataran Merdeka dan banyak lagi. Apa yang istimewanya, replika ini turut dilengkapi dengan sistem bunyian, lampu yang berkelipan malah replika kereta dan kereta api yang bergerak.

Di bahagian Imagination, anda boleh melihat Legoland secara menyeluruh dari Observation Tower. Bagi kanak – kanak pula, di sini mereka boleh mengaktifkan imaginasi dengan membina replika lego dengan kreativiti sendiri. Taman tema ini juga dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk penerokaan. Antaranya termasuk Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure dan Lego City. Semuanya dibina daripada bongkahan lego. Di satu sudut lain pula terdapat 6D Cinema. Anda boleh rasai sendiri pengalaman seolah – olah berada bersama watak kartun yang ditayangkan dengan kesan khas seperti gegaran dan percikan air.

Pengalaman seterusnya yang dapat anda nikmati di Legoland ini adalah Taman Tema Air nya yang serba moden. Berbanding taman tema air yang lain, taman tema air ini lebih mirip dengan kemajuan taman tema air di SunWay Lagoon. Selain bersuka-ria, anda juga boleh membeli belah dan menjamu selera di Mall Of Medini serta menginap di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom atau Ninjago.

 

8. PASAR KARAT JB

Pasar Karat JB mendapat namanya daripada sejarah lampau tempat ini yang menjual barangan terpakai. Kini Pasar Karat JB tidak lagi menjual hanya barangan terpakai, malah banyak lagi barangan lain seperti baju Johor, peralatan elektronik kereta, makanan segera, alat permainan kanak – kanak, aksesori telefon bimbit, minyak wangi, kraftangan dan banyak lagi. Berlokasi di tengah – tengah Bandaraya Johor Bahru, kawasan ini menjadi tumpuan setiap hari bermula jam tujuh malam sehinggalah sekitar jam dua pagi.

Suasana di sini sangat meriah khususnya selepas waktu solat Isyak. Sekiranya anda bernasib baik, mungkin anda juga berpeluang menyaksikan persembahan artis jalanan ataupun buskers di sini. Pasar Karat JB ini memanjang bermula daripada hadapan bangunan CIMB Bank berhampiran sungai Segget sehinggalah ke beberapa lorong menghala ke bangunan UTC Galleria Kotaraya. Untuk melawat di sini, anda boleh meletakkan kenderaan di tepi jalan yang berhampiran atau untuk lebih selamat anda boleh meletakkan kenderaan di tapak letak kenderaan berbayar yang disediakan diseberang jalan.